Wednesday, 5 June 2013

Blogspot VS WordPress


Assalamualaikum wbt.. Harini ambe dang awok2 kene wak tugasan mengenai mane yg patut kite gunakan sama ada Blogspot ataupom Wordpress..


Ini adalah info mengenai Blogspot..

Kelebihan menggunakan Blogspot
 1. Ia percuma
 2. Mudah digunakan
3. Nama domain dan hosting percuma
4. Hosting gambar percuma sebanyak 1GB
5. SEO yang baik, kerana ia milik Google

Kekurangan menggunakan Blogspot
1. Tiada banyak pilihan untuk meminda tema dan penampilan – banyak blog dan laman web menggunakan platform Blogspot mempunyai persamaan tema dan penampilan, kerana sistem Blogspot itu sendiri tidak menyediakan banyak pilihan untuk meminda tema dan penampilan laman web anda.
2. Anda berkongsi nama domain dengan Blogspot – dan ini merupakan kekurangan yang ketara bagi Blogspot, melainkan anda melaburkan sejumlah wang sebanyak $10 untuk membeli nama domain dan menekap (mapping) nama domain tersebut ke atas nama domain Blogspot anda.

Ini adalah info mengenai Wordpress.

Kelebihan menggunakan WordPress
1. Perisian WordPress adalah percuma
 2. Tema dan penampilan boleh dipinda
3. Banyak syarikat hosting menawarkan pemasangan dengan satu klik
4. Ratusan plugin untuk digunakan
5. Ratusan tema percuma untuk ada pilih

Kekurangan menggunakan WordPress
1. Anda perlu tanggung kos hosting dan nama domain
2. Versi kerap dikemaskini
3. Plugin diuruskan oleh pihak ketiga – kebanyakan plugin di dalam WordPress disedia dan diuruskan oleh pihak ketiga, dan bukannya pihak WordPress sendiri.

Jadi sebagai kesimpulannya.. :
Anda kene tgk lah ape yg anda inginkan..jika anda  ingin sesuatu yang mudah, dan pada masa yang sama anda tiada masalah dengan tema dan penampilan yang minimal, maka anda bolehlah memilih platform Blogspot.. Dan kalau anda serius untuk menampilkan laman web atau blog anda dengan tema yang profesional dengan ciri-ciri penampilan yang mantap, pada masa yang sama mempunyai bajet yang lebih untuk membina sesebuah laman web, anda digalakkan untuk memilih platform WordPress. Ia lebih bersesuaian untuk sesebuah perniagaan internet dalam jangka masa panjang.. 
 

No comments:

Post a Comment